Thursday 25 July 2013

HWL Hi-Low Soft-Hard Adjustable Absorber/Coilover setup.

Salam, Howdy, Nie Hau Ma, Good Day,
Bertemu pertama kali dalam isu teknikal untuk si taktahuapapa(dummies).
Isu teknikal kali ni berkaitan absorber kereta. Disebabkan aku hanya mampu pakai kereta kebanggaan negara iaitu wira maka aku cerita pasal kereta aku je la.

Wira Aeroback 1.5Gli UK spec, tu la keretaku. Setelah berkhidmat selama sedekad lebih kereta ni bertukar tangan kepada tuan baru iaitu aku. Dapat kat aku terus la wira a/b stendet gaban berubah kepada kereta acah-acah racing jalanan. Dari look biasa aku ubah kepada sporty,dari handling biasa aku ubah kepada street race, dari senyap kepada bising - dari bising kepada senyap(family marah pakai kete bising).Huhuhu.

OK, the story begins.
Wira A/B ni masa aku ambik handling memang macam apentah tapi comfort tu ok sehinggalah absorber belakang leaking barulah aku ade kesempatan nak tengok apa ada pada kereta ni. Kereta ni berkakikan absorber Kayaba (KYB) jenis minyak (oil type) dengan spring stendet kilang disertakan sekali dengan buffer dari jenis AMT (getah merah utk support spring tu). Disebabkan budget ciput maka aku pon gantikan dengan absorber dari jenis Kayaba juga tapi dari jenis gas (KAYABA Excel-G) dengan harga RM180 siap pasang. Upah yang buat mahal, harga barang murah je pon dalam RM100-RM120 sepasang belakang. Tak lama lepas kejadian, aku pon congak-congak untuk tukar kepada spring sport, halo kawan2 ada sorang nak tolak spring Tanabe Sustec. Kondisi terpakai, tapi bila aku pakai memang okkay. Tak keras - tak lembut tapi kereta lu rendah handling lu makin ok.

Lama-lama boring pakai sport spring, sebabnya absorber aku kong. Tak tau pehal kong, kejap2 kong, kejap2 keluar duit, kejap2 corner jadi cam lipan. Setelah diracun Epul dari kelab PROSBOC pada minggu pertama Ramadhan 2013, aku merembat HWL Hi-Low/Soft-Hard untuk dipasang pada baby butuk aku ni. Setelah banyak rujukan internet dan kengkawan, spring rate yang sesuai untuk wira bernadikan 4G15 ni ialah spring depan 6K, spring belakang 4K. Setup ini ialah untuk keselesaan dan boleh juga untuk street race. Sebab boleh untuk street race? Sebab coilover yang aku pakai ni boleh adjust keras dan lembutnya absorber ko tau? Model yang aku beli ni ialah MT1-BS. Yaa.. BS.. Body Shift. Best kan?

Body Shift ni sebenarnya nak ubah cara tradisional/typical untuk merendahkan kereta. Ada orang potong spring sebab nak kereta rendah, bagi pengguna adjustable absorber yang biasa cara merendahkan kereta dorang ialah dengan memampatkan spring,ikat spring tu bagi mampat baru boleh dapat kereta rendah. Tapi cara ni secara tak langsung akan mengubah sifat keanjalan spring tu disamping absorber pon terpaksa compress(tertekan/ntah aku taktau nak panggil apa) sebab nak support spring yang telah dimampatkan tu. Dengan feature Body Shift ni, tak payah nak mampat/potong/tekan spring tu lagi sebab tapak bawah/kaki absorber tu boleh laras(adjust). Jadi kalau nak tinggi rendah adjust saja kakinyaa.. Macam orang jugaklah, nak tinggi buat la pembedahan kaki, tambah tulang besi bagai kasi tinggi.
Ha nampak Body Shift-able tu. Ini gambar pinjam, model ini ada Body Shift tapi tak ada feature Soft-Hard.

Ni barang baru.

Proses pemasangan oleh taiko Lian si tukang pasang coilover GAB terlatih. Alang-alang nak raya gua tukar tayar sekali. Kopak pokcik. 

Setelah siap pasang, aku set ketinggian kereta ni 2jari celah antara fender dengan tayar. Depan dan belakang. Setup Soft Hard(damper rate) pulak si taiko Lian tu letak 16 click. Cilako betol, bila bawak keras melambung macam bawak kuda.
Si Lian ni ada pesan kalau tak sedap you kasi adjust sendiri balik rumah nanti. Baru ku tahu, Lian ini telah silap kerana menyangka damper rate HWL sama dengan GAB. GAB SS series boleh adjust sehingga 32 click, so 16 click tu medium setting la kiranya. HWL punya damper rate hanyalah 20-22 click kalo tak silap aku kira haritu la.
Pada mulanya aku set full hard(paling keras) pada bahagian depan. Cornering memang macam lipas kudong, tp jalan berbonggol nauzubillah. Boleh terberanak ibu mengandung.

Ini gambo pinjam. Pusing kiri untuk damper rate yang lebih rendah(lembut) pusing kanan untuk damper rate yang lebih tinggi(keras). Boleh set sampai keras boleh melompat kanggaru dalam kereta. Nyahaha!

Ini gambo pinjam. Kat situ la punat untuk adjust damper rate(hadapan).

Jadi sementara ni aku set depan 6 click, belakang 5 click. Memang sedap macam pakai suspension standard, tapi kereta rendah. Baru 2 minggu layan, tapi tak habis setup ni. Ada lg yang tak puas hati. Tayar belakang aku sangkut.

Papehal nanti update lagi. Aku nak berbuka Nasi Briyani Gam rini, sapa nak ikot?!

11 comments:

  1. Saya pkai adjustable gab high low soft hard kat saga blm saya...32klick dia ade...xtau nk clik bg lembut bape..skrg saya gune 25klick depan 25 klick belakang...bawak memng mcm bengkarung ...boleh ke nk klicm 20 depan 18 belakang minta padangan 

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klik belakang tu biarlah lebih lembut dari hadapan memandangkn enjin kita terletak di hadapan..load di bahagian depan so depan keras sket,,untuk mengelakkan bengkarung jadi kanggaru adalah elok saudara pakai aje separuh dari maximum klik GAB SS tu..dalam 16klik kalau tak silap tuan hamba..seeloknya start dari separuh ni lah..dan dari situ saudara boleh adjust siket2 sama ada nak kurangkan klik tu(nak lembut) atau nak tambah lg klik tu..perbezaan takboleh rasa sepantas kilat, try 2,3 hari..layan segala corner, dan bawak seluruh keluarga..baru lah tau nak balance kan kegunaan kereta samada untuk keluarga atau untuk berembat ,,selamat mencoba..hihi

      Delete
  2. aduhhh citer la sampai habis bro... mane sambungan nye hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungan cerita Xmen baru nak keluar ni ko tau tak bila? haha..
      baru hidup dari koma eksiden aku ni..jom pakat sambung~

      Delete
  3. Boleh ejas sendiri ke menatang klik tu? Cemana pulok nak ejasnya?..Cer citer sket..

    ReplyDelete
  4. Boleh ejas sendiri ke menatang klik tu?.. Cemana nak ejas tu.. cer cerita sket.. aku ni buta kayu pasal kereta ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa samala kita..takpe buta kayu jgn buta hati..hehe..udah update kt atas, tak reti hamba nak cerita panjang2 sbb hamba bukan penglipur lara..huuu.. ada bende nak tambah lg bgtau la kita sama2 belajar :B

      Delete
  5. bro amacam, selama ni pkai HWL ok dok? ade rase xpuas ati ke kalo GAB ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. amacam bro gune HWL selama ni ok ke? kalo di bandingkan GAB mna lg ok?

    ReplyDelete
  7. So far ok je HWL ni..takde pulak leaking bagai..tapi skg ada bunyik sket, lapik spring atas tu da kong aku rasa..tapi tak ganggu mana pon..GAB pon OK gak..ada niat nak upgrade spring rate belakang haritu, pastu aku tanya kt kakimotor area Sri Muda Shah Alam dia kata GAB xjual spring asing-asing..HWL je jual.
    kalau kau jenis pakai tayar terkeluar, masa beli coilover ni terus pilih spring rate 6k dan ke atas untuk bahagian belakang.. takde lah sangkut tayar bkg tu di kemudian hari..ada banyak option lain untuk elak tayar belakang sangkut. :)

    ReplyDelete